Monday 5 January 2015

PELANTIKAN MARSHALL OLEH JDT FC


Pertama Kalinya Pasukan Bola Sepak Negeri Johor( JDT) akan mempunyai marshal stadium..Menurut Page fb: 'Johor Southern Tigers'Sebanyak 1000 marshal akan bertugas di Stadium Larkin Satu lagi lembaran sejarah bakal tercipta. Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan menubuhkan satu syarikat keselamatan yang akan bertanggungjawab atas keselamatan di dalam dan luar Stadium Larkin sewaktu perlawanan diadakan, mulai musim yang akan datang. Langkah ini diambil kerana DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim amat menitikberatkan aspek keselamatan orang ramai. Seramai 1000 orang marshal akan ditempatkan di sekitar stadium pada waktu perlawanan.
Untuk memastikan setiap marshal merupakan anggota yang berkualiti, mereka dikehendaki mengikuti kursus latihan dan ujian oleh pihak Polis DiRaja Malaysia dan Askar Timbalan Setia Negeri.
Peranan marshal yang bertugas adalah untuk memastikan keselamatan penyokong tuan rumah dan pelawat. Diharapkan dengan adanya langkah sebegini, akan menjadikan setiap perlawanan di Stadium Larkin selamat dan menghiburkan bagi semua penyokong bolasepak.



No comments:

Post a Comment