Monday 21 September 2015

Analisis Dan Tajuk Penting SEJARAH SPM 2015???

Salam Sejahtera Buat Pelajar-Pelajar SPM 2015 mahupun Waris Kepada Pelajar SPM 2015...
Nie Bukan Ramalan Sbb Saya Bukan Pak Nujum tetapi sebagai Ulangkaji Tambahan Sahaja!!!


Thursday 20 August 2015

TIPS PENGURUSAN KEWANGAN DI IPTA@IPTS

Kajian menunjukkan bahawa 98% pelajar kolej dan universiti di Malaysia gagal merancang kewangan dengan baik dan gagal menguruskan duit pinjaman PTPTN secara berhemah. Bila dapat duit PTPTN, seolah-olah menjadi jutawan dan belanja tak ingat dunia; dan bila time tak ada duit, maggi dan biskut kering menjadi teman sejati.
Sumber kewangan pelajar biasanya datang dari:
A. FAMA (father and mother)
B. Pinjaman PTPTN
C. Biasiswa JPA/MARA dan badan-badan lain
Berikut ingin saya kongsi sedikit tips pengurusan kewangan pelajar. Semoga bermanfaat.
1. Membuat perancangan kewangan sebulan, sesemester dan setahun (katakan meminjam dengan PTPTN)
- Pinjaman untuk Ijazah Sarjana Muda: RM6180 setahun
- Yuran Pengajian: lebih kurang RM1800 setahun (2 semester)
- Yuran Penginapan: lebih kurang RM1200 setahun (2 semester)
- Yuran Tidak Berulang: lebih kurang RM580 (semasa pendaftaran)
- Baki ditangan: RM6180 – RM1800 – RM1200 – RM580 = RM2600
- Maka RM2600 inilah yang akan digunakan selama 2 semester (sekitar 8 bulan). Cuba letak ke tepi RM300 (jangan kacau) dan gunakan RM2300 untuk 8 semester ini iaitu sekitar RM290 sebulan.
2. Duit pinjaman hanya untuk tujuan belajar dan bukan untuk membeli handphone, bukan untuk tengok wayang, bukan untuk karaoke, bukan untuk beli tudung Fareeda, bukan untuk beli Levi’s 501 etc. Tapi tak salah sedikit wang PTPTN digunakan untuk membeli barangan peribadi (sedikit sahaja)
3. Beli buku daripada senior instead of beli buku baru. Sesetengah senior hanya tawarkan harga kurang dari 50%. Jangan buang duit membeli buku baru sebab membazir sahaja.
4. Elakkan bercouple sebab inilah punca utama wang PTPTN setahun habis dalam masa 2 bulan. Bila ada makwe/pakwe, sure nak makan kat Kenny Rogers, sure gatal nak tengok wayang, sure si makwe gelenya suruh beli hadiah dan teddy bear, sure kena spend duit naik taxi ke shopping mall etc. Tapi kalau bercouple yang baik tanpa memberi impak kepada kewangan its ok (contohnya dating kat cafe, kat padang universiti etc)
5. Jika perlukan buku rujukan, sila photostap. Katakan nak beli yang baru RM120, tapi kalau photostap hanta RM20 sahaja. Isinya sama
6. Gunakan transport yang disediakan oleh pihak universiti (bus etc). Elakkan gunakan motorsikal dan kereta. Tapi jika ditakdirkan perlu stay luar, memadai menggunakan motorsikal
7. Hadkan belanja untuk makan dan minum sehari tidak lebih RM8 (maximum RM10). Elak makan diluar seperti KFC, Mc Donald etc. Tapi sekali sekala teringin tu tak ada masalah, boleh saja.
8. Bila nak beli sesuatu barang, tolong bandingkan harga terlebih dahulu. Jangan main beli je. Kadang-kadang harga jauh berbeza dari satu kedai ke kedai yang lain.
9. Elakkan menggunakan kad kredit sama sekali. Time belajar jangan gatal nak sibuk ada kad kredit. Ia akan menjerut anda kepada masalah besar
10. Jangan sibuk nak join MLM etc. Ramai pelajar mudah tertipu bila nampak orang pegang cek ribu-ribu dan cepat je mereka nak join perniagaan MLM. Masa belajar, tolong belajar.
11. Bila ada apa-apa event di peringkat universiti, boleh JV dengan kawan untuk berniaga. Contoh meniaga air, burger, murtabak maggi etc. Hasil keuntungan boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran
12. Bila kawan minta pinjam, tak salah meminjam sedikit. Tapi jangan melebih-lebih. Setakat RM20 ke RM50 tu masih ok. Dan pastikan kawan bayar balik secepat mungkin

Senarai Barangan Keperluan Di Universiti

Senarai pertama ini lebih kepada barang-barang yang berbentuk dokumen peribadi pelajar. Saya akan senaraikan di bawah :-
1. Salinan kad pengenalan pelajar
2. Salinan slip SPM pelajar
3. Surat tawaran kemasukan ke universiti
4. Semua jenis sijil yang dimiliki oleh pelajar
5. Slip penyata gaji ibu bapa
6. Salinan sijil tamat persekolahan pelajar
7. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan akademik dan ko-kurikulum
8. Laporan pemeriksaan kesihatan / X-RAY
9. Gambar passport (4 keping ke atas)
*Simpan dalam fail untuk memudahkan kalian membawa dokumen ini ke sana sini*
SENARAI KEDUA :
Senarai kedua ini merupakan senarai pakaian yang perlu dibawa untuk ke universiti nanti.
1. Baju kurung yang cukup (antara 5 hingga 10 pasang) *untuk perempuan*
2. Baju melayu yang cukup (antara 5 hingga 10 pasang) *untuk lelaki*
3. Baju kemeja lengan panjang (3 helai dan ke atas) *untuk perempuan dan lelaki*
4. Baju kemeja lengan pendek (3 helai dan ke atas) *untuk lelaki*
5. Baju pyjama untuk tidur
6. Baju sukan (T-shirt putih lengan panjang atau pendek)
7. Baju T-shirt untuk kegunaan riadah petang
8. Baju basahan untuk kegunaan di dalam asrama/kolej kediaman
9. Kain sarung *untuk perempuan jika perlu sahaja*
10. Seluar sukan untuk kegunaan riadah petang
11. Seluar sukan untuk kegunaan aktiviti lasak
12. Seluar slack untuk ke kelas kuliah
13. Skirt panjang *untuk perempuan*
14. Skirt dalam *untuk perempuan*
15. Singlet dalam kaler hitam *untuk perempuan*
16. Selendang / tudung
17. Inner tudung
18. Stoking (lima helai ke atas)
19. Kasut untuk kegunaan ke kuliah
20. Kasut sukan
21. Kasut formal
22. Selipar tandas
23. Selipar untuk ambil air wudhuk
24. Kasut/selipar untuk kegunaan riadah/bersiar-siar/shopping
25. Apa-apa jenis pakaian/seluar yang bersesuaian.
*Pakailah pakaian yang sopan dan menutup aurat*
SENARAI KETIGA :
Senarai ketiga ini lebih kepada alatan mandian yang perlu dibawa oleh semua pelajar. Peasanan saya, bawalah alatan mandian ini dengan secukupnya bagi memudahkan kalian semua.
1. Sabun mandi
2. Shampoo
3. Pencuci muka
4. Ubat gigi / berus gigi
5. Bedak sejuk *jika perlu*
6. Ubat anti-jerawat *jika mahu*
7. Minyak wangi
8. Bedak badan / bedak muka
9. Lip Ice (bagi mengelakkan bibir kering)
10. Rexona untuk mengurangkan bau ketiak *penting!*
11. Alatan make-up *untuk perempuan sekiranya perlu sahaja*
12. Alatan untuk memakai selendang seperti kerongsang dan pin
13. Baldi / gayung
14. Berus untuk berus lantai tandas *jika perlu*
15. Alatan lain yang dirasakan perlu
*Bawalah dengan jumlah yang cukup*
SENARAI KEEMPAT :
Senarai keempat lebih kepada senarai alat tulis yang wajib dibawa terutamanya untuk ke kelas kuliah.
1. Pen (sekurang-kurangnya 12 batang)
2. Pensel (sekurang-kurangnya 6 batang)
3. Pensel warna (jika mahu dan jika perlu)
4. Pen warna warni (penting untuk menulis nota)
5. Highlighter
6. Correction tape / liquid paper
7. Pemadam / peraut / pembaris (secukupnya)
8. Stapler dan ink stapler
9. Pita pelekat dan gunting
10. Buku nota (secukupnya)
11. Kertas kosong (secukupnya)
12. Marker pen
13. Set geometri (jika perlu)
14. Calculator *wajib!*
15. Laptop *wajib!*
16. Charger laptop *wajib!*
15. Alatan lain yang berkaitan dan sekiranya perlu
*Bawalah dengan jumlah yang cukup*
SENARAI KELIMA :
Senarai kelima merupakan senarai penting untuk keselesaan, kemudahan dan kedamaian di dalam bilik asrama nanti.
1. Bagasi untuk menyimpan segala jenis pakaian
2. Beg sandang untuk pergi ke kuliah
3. Backpack untuk pergi ke kuliah
4. Handphone / tablet / gajet
5. Wallet
6. Kunci mangga yang kecil untuk kunci beg (penting untuk mengatasi kecurian)
7. Power bank *jika perlu*
8. Pewangi bilik
9. Plastik sampah
10. Tong sampah kecil
11. Rak buku yang bersaiz sederhana kecil
12. Fail
13. Cadar untuk tilam/katil
14. Karpet untuk keselesaan
15. Sejadah / telekung / songkok
16. Radio *jika perlu*
17. Kudapan
18. Periuk belanga / lesung batu
19. Periuk nasi
20. Cerek air
21. Gelas / pinggan / mangkuk / sudu garfu
22. Tuala muka / tuala badan / tuala kecil / tuala besar
23. Sapu tangan
24. Lampu meja
25. Lampu katil
26. Ubat-ubatan (selesema, batuk, antibiotik dan demam WAJIB BAWA)
27. Minyak angin / minyak urut / minyak yang berkaitan dengan kesihatan
28. Pembalut luka
29. Jaket sejuk / sweater
30. Perhiasan untuk di dalam bilik
31. Al-Quran / Yaasiin
32. Bantal / selimut secukupnya
*dan lain-lain mengikut keperluan dan cita rasa masing-masing*
Akhir kata, selamat menjalani kehidupan yang baru di alam universiti! May Allah SWT ease everything. Belajarlah dengan tekun agar dapat mencapai cita-cita yang diimpikan.
good luck korang ^^

TIDAK MENDAPAT TEMPAT DI UPU???

Biar saya mulakan dengan "sometimes what you want isn't always what you get, but in the end what you get is so much better than what you wanted". Jadi jangan putus asa. Berikut adalah beberapa langkah yang saudara saudari boleh ambil jika tidak mendapat tawaran UPU.
1. Membuat rayuan melalui pautan: http://upu.mohe.gov.my/
Rayuan hanya akan diterima jika ada kekosongan dan jika anda layak mengisi kekosongan tersebut. Dan berikut saya kongsi tips untuk membuat rayuan:
i. Saudara/saudari harus mengelak daripada terus memohon bidang yang sama dengan yang dahulu. Jangan terus mengambil risiko. Adalah lebih baik pilih bidang lain yang anda minat.
ii. Rujuk semula keputusan peperiksaan Matrikulasi/STPM saudara/saudari. Tengok subjek manakah yang kalian score dengan CGPA tertinggi? Kalian harus memilih bidang yang mempunyai major subjek tersebut. Sebagai contoh, jika semasa di matrik kalian ambil bidang sains hayat dan keputusan subjek Kimia anda lebih baik dari Biologi, adalah lebih baik kalian memilih bidang Kimia.
iii. Cuba elakkan pilih universiti yang sama seperti yang asal dulu. Jika nak pilih universiti yang sama pun, pilihlah bidang yang berlainan daripada yang kalian mohon sebelumnya
iv. Ukur baju di badan sendiri dan pilih kursus yang bersesuaian dengan CGPA kalian.
v. Elakkan pilih kursus Medical, Architecture, Farmasi, ke semua kursus Engineering, Law, Pergigian dan beberapa bidang lain yang memang mendapat permintaan tinggi.
vi. Jika anda mendapati, bidang-bidang lain yang ada anda memang tak minta, jangan paksa diri memohon sebab you gonna waste your time.
Jika rayuan pun saudara/saudari tak dapat, jangan risau, masih ada option lain seperti berikut:
1. Memohon ke IPTS yang baik dan ada ranking (semak dengan MQA kursus-kursus yang mendapat pengiktirafan JPA)
2. Mohon masuk ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM ) jika berminat nak jadi guru
3. Memohon mengambil kursus-kursus diploma / kursus pensijilan
4. Memohon kerja bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau ambil pengalaman kerja dulu dengan mana-mana syarikat swasta dsb.

Wednesday 1 July 2015

FOKUS KOMSAS SPM 2015

Puisi Tradisional

-Pantun empat kerat(Budi)
-Pantun Empat kerat(Jenaka dan Sindiran)
Syair Siti Sianah
-Gurundam 12 fasal yg keenam
-Seloka mak si randang


Sajak

-Harga Remaja
-Di Perpustakaan
-Mengintai Ruang Insaf
-Tiba Waktunya

Prosa Tradisional

-Pelayaran yang penuh peristiwa

Cerpen

-Ibu dan Ceper
-Pemain Catur
-Melisa
-Biarkan Samudera

Drama

-Gelanggang Tuk Wali





Friday 12 June 2015

Sungguh Saya Sayang Awak Lagi

Awak....Izinkan saya panggil awak ayang ye...

Dh 3 Bulan kita terpisah..Lepas putus pun saya datang jumpa awak tetapi sebulan paz itu saya kemalangan patah tangan..Saya x dpt bawa motor dh..Rindu sangat nak datang jumpa awak..Syukur saya kembali sihat.Saya merancang untuk sambut bufday awak..awak pun kata ok..happynyaa saya walaupun awak bukan milik saya lg..saya happy dapat sambut bufday awak..hadiah pun saya dah belikan..ini je saya mampu awak...saya harap awak suka ye...




MAAFLAH AWAK KALAU AWAK X SUKA..HADIAH BUFDAY YANG PALING AWAL SAYA BERIKAN

Thursday 11 June 2015

Disaat Kau Pergi Sayang

Aku seorang Lelaki yang mungkin belum tewas
Seribu kali saying dan cinta padamu
Kau hanya salahkan aku bila terjadi
Kau pinta perpisahan
Tanpa Aku sedar airmata ku berderai

Aku sedar aku bukan yang terbaik
Aku ikhlas terima mu dalam hidupku
Aku selalu kata kau tunangku
Dan itu memang kau suka
Bila Aku akan pergi tinggalkan kau

Aku menangis setiap waktu
Aku senyum kerana tidak mahu orang tahu
Aku sakit tapi aku senyum depan kau
Aku pedih Aku tetap berlagak happy
Aku nak Kau Kembali Sayang