Saturday 3 January 2015

Melayu Pon Boleh Buat Wan Tan Meee...iLmu Bukan Untuk Bangsa Cina Sahaja







Bahan-Bahan

1 peket mee wantan
(celur sebentar dan tos)
2 hiris halia

  BAHAN WANTAN
200gm isi ayam
2 ulas bawang merah
2 batang daun bawang
1 tsp lada sulah
secubit garam
secubit ajinomoto
1 tsp minyak bijan
1 tsp tepung jagung
kulit wantan secukupnya

  KICAP UNTUK MEE
4 tbsp kicap pekat
2 tbsp kicap cair
2 tbsp sos tiram
3 tbsp minyak bijan
2 ulas bawang putih
1 cawan stok ayam

TAMBAHAN
1-SIAT AYAM N REBUS


CARA PENYEDIAAN

  • 1. Rebus ayam bersama halia sehingga masak. Air rebusan ayam di ambil satu cawan dan selebihnya jadikan sup.(masukkan bawang besar,garam dan lada sulah)

  • 2. Perap ayam sebentar dengan bahan perapan. Goreng sebentar saja jika inginkan ayam yang moist.

  • 3. Untuk kicap mee, tumbuk bawang putih dan tumis dengan sedikit minyak. Bila kekuningan, masukkan 1 cawan stok ayam tadi bersama bahan-bahan kicap mee yang lain kecuali minyak bijan. Tutup api bila menggelegak dan masukkan minyak bijan. Kacau rata.

  • 4. Bila nak menghidang, tuang sedikit kicap mee pada mee wantan yang telah di celur tadi dan gaul ratakan. 

  • 5. Cincang halus bahan-bahan bertanda* untuk membuat wantan. Satukan kesemua bahan membuat inti wantan. Gaul rata-rata. Untuk membentuk boleh di buat seperti dalam gambar untuk bentuk yang paling mudah...

No comments:

Post a Comment