Friday 2 January 2015

Indonesia Lakar Sejarah 25 Insiden Kapal Terbang Dalam 2014


Apa-apa pun kita ucap takziah kepada Indonesia atas insiden-insiden yang berlaku..


Berikut adalah rentetan insiden dan tragedi yang melakar sejarah penerbangan Indonesia di sepanjang tahun 2014.

19 Januari - Sebuah pesawat milik PT Intan Angkasa dikatakan melakukan penerbangan dari Sentani, Papua dilapor terhempas di Pantai Uu, Kota Tual dan mengorbakan empat kru termasuk juruterbangnya.

21Januari - Sebuah pesawat Lion Air dikatakan terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Bali berikutan cuaca buruk.

22 Januari- Pengangkutan udara helikopter milik Angkatan Tentera Nasional Indonesia, Heli Bell EP bernombor pendaftaran HA-5166 dilaporkan terputus hubungan di Tarakan, Kalimantan Timur. Helikopter tersebut dikatakan membuat pendaratan kecemasan di Kabupaten Malinau berikutan cuaca buruk melanda.

1 Febuari – Sebuah helikopter milik sebuah syarikat penerbangan, PK-JTT dilapor membuat pendaratan kecemasan di daerah Mustika Jaya, Jawa Barat berikutan masalah kebocoran minyak yang dihadapi.

9 April – Pesawat milik sebuah syarikat penerbangan Advent jenis Cessna dikatakan terhempas ketika sedang berlepas di Dekai, Papua dan mengakibatkan dua kematian manakala lima yang lain mengalami kecederaan serius.

25 April – Tentera Udara Angkatan Tentera Nasional Indonesia berjaya mematahkan cubaan rampasan sebuah pesawat Virgin Australia dari Brisbane.

13 Mei-  Pesawat AirAsia yang melakukan penerbangan dari Semarang ke Singapura terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan kecemasan berikutan berlaku insiden kecil di salah satu enjinnya.

1 Jun – Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya menuju Lapangan Terbang El Tari Kupang di Tenggara Timur terpaksa berpatah balik dan dibatalkan akibat penyebaran debu gunung berapi Sanguang di Sangiang Pulo.

9 September – Kapal terbang Enggang Air PK-RSC dilapor mengalami kemalangan sehingga menyebabkan sejumlah kerosakan pada badan pesawat. Namun tiada kemalangan nyawa dilaporkan dalam insiden tersebut.

18 September- Pendaratan kecemasan terpaksa dilakukan oleh pesawat Garuda Indonesia, Citilink dan Lion Air di Batam kerana jarak penglihatan terhad.

18 September – Sebuah pesawat yang dipandu oleh seorang juruterbang pelatih dikatakan terhempas di kawasan sawah Desa Marengan, Jawa Timur, menyebabkan juruterbangnya meninggal dunia.

25 September – Roda pesawat Sriwijaya Air, SJ 565 dikatakan pecah sewaktu yang melakukan penerbangan dari Manokwari Papua di Makassar.

26 September – Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II ditutup berikutan jerebu tebal dan semua penerbangan dibatalkan.

30 September – Pesawat Garuda yang melakukan pendaratan dari Jakarta terpaksa membatalkan penerbangan ke Palangka Raya dan mendarat di Tjilik Riwut susulan jerebu tebal yang melanda daerah tersebut.

1 Oktober – Penerbangan ke pedalaman Kalimantan Timur khususnya di Kabupaten Kutai Barat dan Kabupaten Mahakam Ulu terganggu akibat cuaca jerebu yang semakin teruk melanda kawasan tersebut.

6 Oktober –Sebuah lapangan terbang di Kalimantan Timur ditutup sepenuhnya akibat cuaca buruk.

9 Oktober – Sejumlah pesawat yang dijadual melakukan penerbangan pada tarikh tersebut dilaporkan ditunda akibat penyebaran debu Gunung Berapi Sinabung.

10 Oktober - Penerbangan dari kedua laluan Jakarta ke Palembang ditangguh selama dua jam berikutan penutupan lapangan terbang. Cuaca dilaporkan buruk akibat pembakaran hutan sehingga menyebabkan asap tebal.

11 Oktober – Dua pesawat terpaksa berlegar di udara 30 hingga 60 minit sebelum dibenar mendarat di Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru berikutan cuaca buruk.

17 Oktober- Pendaratan pesawat Lion Air di Lapangan Terbang Tampa Padang, Sulawesi Barat dari Makassar dilapor terjejas dengan kehadiran kawanan lembu di  atas landasan pesawat.

24 Oktober – Pesawat MAS, MH 135 dilapor membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali apabila seorang penumpang dikatakan mengalami kontraksi dan akan melahirkan anak.

30 Oktober – Pesawat pelatih PK-LLC milik PT Lift dilaporkan terputus hubungan di sekitar Pulau Moyo, Tenggara Barat Indonesia. Pesawat tersebut dikatakan terhempas di perairan laut dan operasi mencari dan menyelamat dilancar oleh pihak berkuasa selama beberapa hari namun dihentikan setelah tiada serpihan atau mayat dijumpai.

2 November – Sebuah pesawat dari Jakarta ke Sampit tidak dibenar melakukan pendaratan susulan jerebu teruk melanda Lapangan Terbang Haji Asan Sampit, Kalimantan Tengah.

2 Disember – Pesawat Elang Nusantara Air dilapor terhempas di perairan Minahasa Utara.

28 Disember – Pesawat Air Asia, QZ 8501 dari Surabaya ke Singapura dilapor terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Djuanda. Serpihan dan beberapa mayat penumpang dilapor ditemui di Laut Jawa pada 30 Disember.

No comments:

Post a Comment