Monday 21 September 2015

Analisis Dan Tajuk Penting SEJARAH SPM 2015???

Salam Sejahtera Buat Pelajar-Pelajar SPM 2015 mahupun Waris Kepada Pelajar SPM 2015...
Nie Bukan Ramalan Sbb Saya Bukan Pak Nujum tetapi sebagai Ulangkaji Tambahan Sahaja!!!


Thursday 20 August 2015

TIPS PENGURUSAN KEWANGAN DI IPTA@IPTS

Kajian menunjukkan bahawa 98% pelajar kolej dan universiti di Malaysia gagal merancang kewangan dengan baik dan gagal menguruskan duit pinjaman PTPTN secara berhemah. Bila dapat duit PTPTN, seolah-olah menjadi jutawan dan belanja tak ingat dunia; dan bila time tak ada duit, maggi dan biskut kering menjadi teman sejati.
Sumber kewangan pelajar biasanya datang dari:
A. FAMA (father and mother)
B. Pinjaman PTPTN
C. Biasiswa JPA/MARA dan badan-badan lain
Berikut ingin saya kongsi sedikit tips pengurusan kewangan pelajar. Semoga bermanfaat.
1. Membuat perancangan kewangan sebulan, sesemester dan setahun (katakan meminjam dengan PTPTN)
- Pinjaman untuk Ijazah Sarjana Muda: RM6180 setahun
- Yuran Pengajian: lebih kurang RM1800 setahun (2 semester)
- Yuran Penginapan: lebih kurang RM1200 setahun (2 semester)
- Yuran Tidak Berulang: lebih kurang RM580 (semasa pendaftaran)
- Baki ditangan: RM6180 – RM1800 – RM1200 – RM580 = RM2600
- Maka RM2600 inilah yang akan digunakan selama 2 semester (sekitar 8 bulan). Cuba letak ke tepi RM300 (jangan kacau) dan gunakan RM2300 untuk 8 semester ini iaitu sekitar RM290 sebulan.
2. Duit pinjaman hanya untuk tujuan belajar dan bukan untuk membeli handphone, bukan untuk tengok wayang, bukan untuk karaoke, bukan untuk beli tudung Fareeda, bukan untuk beli Levi’s 501 etc. Tapi tak salah sedikit wang PTPTN digunakan untuk membeli barangan peribadi (sedikit sahaja)
3. Beli buku daripada senior instead of beli buku baru. Sesetengah senior hanya tawarkan harga kurang dari 50%. Jangan buang duit membeli buku baru sebab membazir sahaja.
4. Elakkan bercouple sebab inilah punca utama wang PTPTN setahun habis dalam masa 2 bulan. Bila ada makwe/pakwe, sure nak makan kat Kenny Rogers, sure gatal nak tengok wayang, sure si makwe gelenya suruh beli hadiah dan teddy bear, sure kena spend duit naik taxi ke shopping mall etc. Tapi kalau bercouple yang baik tanpa memberi impak kepada kewangan its ok (contohnya dating kat cafe, kat padang universiti etc)
5. Jika perlukan buku rujukan, sila photostap. Katakan nak beli yang baru RM120, tapi kalau photostap hanta RM20 sahaja. Isinya sama
6. Gunakan transport yang disediakan oleh pihak universiti (bus etc). Elakkan gunakan motorsikal dan kereta. Tapi jika ditakdirkan perlu stay luar, memadai menggunakan motorsikal
7. Hadkan belanja untuk makan dan minum sehari tidak lebih RM8 (maximum RM10). Elak makan diluar seperti KFC, Mc Donald etc. Tapi sekali sekala teringin tu tak ada masalah, boleh saja.
8. Bila nak beli sesuatu barang, tolong bandingkan harga terlebih dahulu. Jangan main beli je. Kadang-kadang harga jauh berbeza dari satu kedai ke kedai yang lain.
9. Elakkan menggunakan kad kredit sama sekali. Time belajar jangan gatal nak sibuk ada kad kredit. Ia akan menjerut anda kepada masalah besar
10. Jangan sibuk nak join MLM etc. Ramai pelajar mudah tertipu bila nampak orang pegang cek ribu-ribu dan cepat je mereka nak join perniagaan MLM. Masa belajar, tolong belajar.
11. Bila ada apa-apa event di peringkat universiti, boleh JV dengan kawan untuk berniaga. Contoh meniaga air, burger, murtabak maggi etc. Hasil keuntungan boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran
12. Bila kawan minta pinjam, tak salah meminjam sedikit. Tapi jangan melebih-lebih. Setakat RM20 ke RM50 tu masih ok. Dan pastikan kawan bayar balik secepat mungkin

Senarai Barangan Keperluan Di Universiti

Senarai pertama ini lebih kepada barang-barang yang berbentuk dokumen peribadi pelajar. Saya akan senaraikan di bawah :-
1. Salinan kad pengenalan pelajar
2. Salinan slip SPM pelajar
3. Surat tawaran kemasukan ke universiti
4. Semua jenis sijil yang dimiliki oleh pelajar
5. Slip penyata gaji ibu bapa
6. Salinan sijil tamat persekolahan pelajar
7. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan akademik dan ko-kurikulum
8. Laporan pemeriksaan kesihatan / X-RAY
9. Gambar passport (4 keping ke atas)
*Simpan dalam fail untuk memudahkan kalian membawa dokumen ini ke sana sini*
SENARAI KEDUA :
Senarai kedua ini merupakan senarai pakaian yang perlu dibawa untuk ke universiti nanti.
1. Baju kurung yang cukup (antara 5 hingga 10 pasang) *untuk perempuan*
2. Baju melayu yang cukup (antara 5 hingga 10 pasang) *untuk lelaki*
3. Baju kemeja lengan panjang (3 helai dan ke atas) *untuk perempuan dan lelaki*
4. Baju kemeja lengan pendek (3 helai dan ke atas) *untuk lelaki*
5. Baju pyjama untuk tidur
6. Baju sukan (T-shirt putih lengan panjang atau pendek)
7. Baju T-shirt untuk kegunaan riadah petang
8. Baju basahan untuk kegunaan di dalam asrama/kolej kediaman
9. Kain sarung *untuk perempuan jika perlu sahaja*
10. Seluar sukan untuk kegunaan riadah petang
11. Seluar sukan untuk kegunaan aktiviti lasak
12. Seluar slack untuk ke kelas kuliah
13. Skirt panjang *untuk perempuan*
14. Skirt dalam *untuk perempuan*
15. Singlet dalam kaler hitam *untuk perempuan*
16. Selendang / tudung
17. Inner tudung
18. Stoking (lima helai ke atas)
19. Kasut untuk kegunaan ke kuliah
20. Kasut sukan
21. Kasut formal
22. Selipar tandas
23. Selipar untuk ambil air wudhuk
24. Kasut/selipar untuk kegunaan riadah/bersiar-siar/shopping
25. Apa-apa jenis pakaian/seluar yang bersesuaian.
*Pakailah pakaian yang sopan dan menutup aurat*
SENARAI KETIGA :
Senarai ketiga ini lebih kepada alatan mandian yang perlu dibawa oleh semua pelajar. Peasanan saya, bawalah alatan mandian ini dengan secukupnya bagi memudahkan kalian semua.
1. Sabun mandi
2. Shampoo
3. Pencuci muka
4. Ubat gigi / berus gigi
5. Bedak sejuk *jika perlu*
6. Ubat anti-jerawat *jika mahu*
7. Minyak wangi
8. Bedak badan / bedak muka
9. Lip Ice (bagi mengelakkan bibir kering)
10. Rexona untuk mengurangkan bau ketiak *penting!*
11. Alatan make-up *untuk perempuan sekiranya perlu sahaja*
12. Alatan untuk memakai selendang seperti kerongsang dan pin
13. Baldi / gayung
14. Berus untuk berus lantai tandas *jika perlu*
15. Alatan lain yang dirasakan perlu
*Bawalah dengan jumlah yang cukup*
SENARAI KEEMPAT :
Senarai keempat lebih kepada senarai alat tulis yang wajib dibawa terutamanya untuk ke kelas kuliah.
1. Pen (sekurang-kurangnya 12 batang)
2. Pensel (sekurang-kurangnya 6 batang)
3. Pensel warna (jika mahu dan jika perlu)
4. Pen warna warni (penting untuk menulis nota)
5. Highlighter
6. Correction tape / liquid paper
7. Pemadam / peraut / pembaris (secukupnya)
8. Stapler dan ink stapler
9. Pita pelekat dan gunting
10. Buku nota (secukupnya)
11. Kertas kosong (secukupnya)
12. Marker pen
13. Set geometri (jika perlu)
14. Calculator *wajib!*
15. Laptop *wajib!*
16. Charger laptop *wajib!*
15. Alatan lain yang berkaitan dan sekiranya perlu
*Bawalah dengan jumlah yang cukup*
SENARAI KELIMA :
Senarai kelima merupakan senarai penting untuk keselesaan, kemudahan dan kedamaian di dalam bilik asrama nanti.
1. Bagasi untuk menyimpan segala jenis pakaian
2. Beg sandang untuk pergi ke kuliah
3. Backpack untuk pergi ke kuliah
4. Handphone / tablet / gajet
5. Wallet
6. Kunci mangga yang kecil untuk kunci beg (penting untuk mengatasi kecurian)
7. Power bank *jika perlu*
8. Pewangi bilik
9. Plastik sampah
10. Tong sampah kecil
11. Rak buku yang bersaiz sederhana kecil
12. Fail
13. Cadar untuk tilam/katil
14. Karpet untuk keselesaan
15. Sejadah / telekung / songkok
16. Radio *jika perlu*
17. Kudapan
18. Periuk belanga / lesung batu
19. Periuk nasi
20. Cerek air
21. Gelas / pinggan / mangkuk / sudu garfu
22. Tuala muka / tuala badan / tuala kecil / tuala besar
23. Sapu tangan
24. Lampu meja
25. Lampu katil
26. Ubat-ubatan (selesema, batuk, antibiotik dan demam WAJIB BAWA)
27. Minyak angin / minyak urut / minyak yang berkaitan dengan kesihatan
28. Pembalut luka
29. Jaket sejuk / sweater
30. Perhiasan untuk di dalam bilik
31. Al-Quran / Yaasiin
32. Bantal / selimut secukupnya
*dan lain-lain mengikut keperluan dan cita rasa masing-masing*
Akhir kata, selamat menjalani kehidupan yang baru di alam universiti! May Allah SWT ease everything. Belajarlah dengan tekun agar dapat mencapai cita-cita yang diimpikan.
good luck korang ^^

TIDAK MENDAPAT TEMPAT DI UPU???

Biar saya mulakan dengan "sometimes what you want isn't always what you get, but in the end what you get is so much better than what you wanted". Jadi jangan putus asa. Berikut adalah beberapa langkah yang saudara saudari boleh ambil jika tidak mendapat tawaran UPU.
1. Membuat rayuan melalui pautan: http://upu.mohe.gov.my/
Rayuan hanya akan diterima jika ada kekosongan dan jika anda layak mengisi kekosongan tersebut. Dan berikut saya kongsi tips untuk membuat rayuan:
i. Saudara/saudari harus mengelak daripada terus memohon bidang yang sama dengan yang dahulu. Jangan terus mengambil risiko. Adalah lebih baik pilih bidang lain yang anda minat.
ii. Rujuk semula keputusan peperiksaan Matrikulasi/STPM saudara/saudari. Tengok subjek manakah yang kalian score dengan CGPA tertinggi? Kalian harus memilih bidang yang mempunyai major subjek tersebut. Sebagai contoh, jika semasa di matrik kalian ambil bidang sains hayat dan keputusan subjek Kimia anda lebih baik dari Biologi, adalah lebih baik kalian memilih bidang Kimia.
iii. Cuba elakkan pilih universiti yang sama seperti yang asal dulu. Jika nak pilih universiti yang sama pun, pilihlah bidang yang berlainan daripada yang kalian mohon sebelumnya
iv. Ukur baju di badan sendiri dan pilih kursus yang bersesuaian dengan CGPA kalian.
v. Elakkan pilih kursus Medical, Architecture, Farmasi, ke semua kursus Engineering, Law, Pergigian dan beberapa bidang lain yang memang mendapat permintaan tinggi.
vi. Jika anda mendapati, bidang-bidang lain yang ada anda memang tak minta, jangan paksa diri memohon sebab you gonna waste your time.
Jika rayuan pun saudara/saudari tak dapat, jangan risau, masih ada option lain seperti berikut:
1. Memohon ke IPTS yang baik dan ada ranking (semak dengan MQA kursus-kursus yang mendapat pengiktirafan JPA)
2. Mohon masuk ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM ) jika berminat nak jadi guru
3. Memohon mengambil kursus-kursus diploma / kursus pensijilan
4. Memohon kerja bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau ambil pengalaman kerja dulu dengan mana-mana syarikat swasta dsb.

Wednesday 1 July 2015

FOKUS KOMSAS SPM 2015

Puisi Tradisional

-Pantun empat kerat(Budi)
-Pantun Empat kerat(Jenaka dan Sindiran)
Syair Siti Sianah
-Gurundam 12 fasal yg keenam
-Seloka mak si randang


Sajak

-Harga Remaja
-Di Perpustakaan
-Mengintai Ruang Insaf
-Tiba Waktunya

Prosa Tradisional

-Pelayaran yang penuh peristiwa

Cerpen

-Ibu dan Ceper
-Pemain Catur
-Melisa
-Biarkan Samudera

Drama

-Gelanggang Tuk Wali





Friday 12 June 2015

Sungguh Saya Sayang Awak Lagi

Awak....Izinkan saya panggil awak ayang ye...

Dh 3 Bulan kita terpisah..Lepas putus pun saya datang jumpa awak tetapi sebulan paz itu saya kemalangan patah tangan..Saya x dpt bawa motor dh..Rindu sangat nak datang jumpa awak..Syukur saya kembali sihat.Saya merancang untuk sambut bufday awak..awak pun kata ok..happynyaa saya walaupun awak bukan milik saya lg..saya happy dapat sambut bufday awak..hadiah pun saya dah belikan..ini je saya mampu awak...saya harap awak suka ye...




MAAFLAH AWAK KALAU AWAK X SUKA..HADIAH BUFDAY YANG PALING AWAL SAYA BERIKAN

Thursday 11 June 2015

Disaat Kau Pergi Sayang

Aku seorang Lelaki yang mungkin belum tewas
Seribu kali saying dan cinta padamu
Kau hanya salahkan aku bila terjadi
Kau pinta perpisahan
Tanpa Aku sedar airmata ku berderai

Aku sedar aku bukan yang terbaik
Aku ikhlas terima mu dalam hidupku
Aku selalu kata kau tunangku
Dan itu memang kau suka
Bila Aku akan pergi tinggalkan kau

Aku menangis setiap waktu
Aku senyum kerana tidak mahu orang tahu
Aku sakit tapi aku senyum depan kau
Aku pedih Aku tetap berlagak happy
Aku nak Kau Kembali Sayang

Monday 2 February 2015

SUPERWOMAN MELAYU DI KAMUNTING

Baru-baru ini admin terkejut dengan tindakan seorang wanita yang disamun yang berani kejar penyamun itu sehingga berjaya ditangkap..Syabas dan tahniah diucapkan kepada wanita yang berani ini lagi..kalau semua wanita seperti beliau sudah tentu tiada kejadian ragut di Malaysia...Disini saya kongsikan beberapa gambar kejadian....








Monday 26 January 2015

Masih kU iNgat Jasa Beliau



Setelah lama tidak blogging...Hari ini teringat akan cikgu-cikguku yang menabur jasa yang tidak mungkin ku dapat pulangkan pada mereka..

SK ULU SEPETANG-TAHUN 1~TAHUN 6

KELAS 1: CIK AMINAH
KELAS 2:PUAN MAZNAH
KELAS 3:PN NORIHAN
KELAS 4:CIK IZZATI
KELAS 5:EN HAWARI
KELAS 6: PN.HASMIDA

SMK BUKIT JANA-TINGKATAN 1~TINGKATAN 5

TING 1- EN KHAIRI
TING 2- PN KHAIRIAH
TING 3: PN WASHIRAH
TING 4: CIK HAFILAH
TING 5: EN AIZUANDY

SMK KAMUNTING-TINGKATAN 6 BAWAH~TINGKATAN 6 ATAS

TINGKATAN 6 BAWAH-EN FADZIL/CIK HANITA AZURA
TINGKATAN 6 ATAS-EN FADZIL/CIK HANITA AZURA


JASA MU DIKENANG~SEMOGA CIKGU-CIKGU SEMUA SIHAT~`

Sunday 18 January 2015

Pandangan Judi Dari Setiap Agama Di Malaysia





1. Islam
Judi diharamkan oleh Islam dan sebarang bentuk penglibatan dengan unsur judi dalam apa-apa aktiviti muamalah perlu dihentikan segera. Ini kerana harta yang diperolehi daripada sumber judi adalah haram tidak kira bagaimana bentuk perjudian tersebut. Antara sebab pengharaman judi adalah kerana terdapat unsur penindasan, penipuan, kebergantungan kepada nasib, mencetus permusuhan dan boleh menjejaskan ekonomi individu, masyarakat dan Negara. Dalil pengharaman judi adalah;
i. Surah al-Baqarah : 219
Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada menfaatnya”.
ii. Surah al-Maidah : 90-91
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?
iii. Hadis ;
Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Taala

2.Kristian

Begitu juga dalam agama Kristian, perjudian dikutuk keras sebagai amalan diskriminatif yang menguntungkan satu pihak dan menganiaya satu pihak yang lain hingga meleburkan nilai-nilai kehormatan dan kemanusiaan seseorang sebagaimana yang tercatat dalam kitabnya The New Testament (Mark 12:31). Di sisi masyarakat Kristian judi juga dianggap sebagai perbuatan dosa yang dilarang. Ia dilarang kerana ia bertentangan dengan ketentuan tuhan bahawa manusia hendaklah memperolehi sumber hidupnya melalui penat lelah (Genesis : 3:19). Ia adalah dosa kerana ia menyebabkan seseorang itu berhutang sehingga hilang tempat tinggal, pekerjaan dan keluarga. Ia menyebabkan ketidakjujuran bagi memperolehi wang yang banyak, ia menyebabkan ketagihan, membunuh inisiatif seseorang untuk berusaha keras dan ia juga satu aktiviti yang mengambil harta orang lain hanya untuk segelintir manusia.

Ajaran Kristian mengajar bahawa aturan tuhan tidak membenarkan falsafah ‘something for nothing”. Manusia tidak boleh menghisap hasil usaha mereka yang bekerja (II Thesalonians 3:10-14, Ephesians 4:28). Memperolehi sesuatu melalui eksploitasi ke atas orang lain adalah salah (James 5:1-4).

Walau pun tiada satu perintah dalam Injil yang mengatakan ‘kamu tidak boleh berjudi tetapi terdapat banyak ayat-ayat yang memberi petunjuk akan pengharaman judi seperti dalam Matthew 7:12. Corinthians 8:1-13, Romans 14:13-21 dan Colossians 3:1-3. Rujuk www.studythebible.com/question/topics/gambling.

Pada tahun 1992, The Salvation Army (United Kingdom) mengeluarkan satu keputusan bahawa judi adalah buruk bagi moral dan rohani seseorang. Sebahagian dari kenyataan itu berbunyi

“Since all gambling is motivated by selfishness, it runs counter to the Christian expression of love, respect and concern for others. Often it begins in an apparenty harmless way, but its continued practice tends to undermine the personality and character of the gambler and frequently leads to grosser excesses. Official sanction and public acceptance of this evil is, in the opinion of the Salvation Army, contrary to the Christian principles to which it subscribes and therefore opposes any extension of the provision of facilities for gambling, whether by government agencies, charitable organisations or commercial interests.” Rujuk www.salvationarmy.com

Kristian bermazhab Anglican pula telah mengeluarkan resolusi dari Konvensyen 1954 yang mencela amalan judi dan melarang penganut Kristian dari berjudi. Pada tahun 1974 pula dilaporkan bahawa gereja Anglican mengeluarkan resolusi yang membantah judi sah dalam bentuk kasino di New Jersey dan pada tahun 1995 pula membantah permainan judi mesin loteri di New Jersey, Amerika. Rujuk www.newark.anglican.org/gambling.html

United Church of Canada, sebuah organisasi gereja Protestan terbesar di Kanada, pada tahun 1998 dalam usaha menentang amalan judi menyeru pemerintah pusat agar menubuhkan sebuah jawatankuasa yang akan membuat penilaian terhadap kesan judi sah, judi haram dan judi kebajikan dari segi sosial, ekonomi dan perundangan. Sebahagian dari kenyataan itu berbunyi

“By calling for a federal inquiry, the church hopes to raise the stakes in what should be a national debate on gambling as a queastion of public social responsibility and not as a question of moral condemnation.” Rujuk www.uccan.org/news/980429.htm

Gereja Presbyterian juga tidak ketinggalan dalam menentang amalan berjudi. Vernon S. Broyles III, seorang paderi gereja berkenaan di Amerika dan editor Majalah Church & Society berkata

“From the very earliest days of United States history, Presbyterian General Assemblies have condemned gambling in all its forms”

3. Buddha

Bagi agama Buddha pula, perjudian dikutuk sebagai amalan yang jahat kerana ia menuntun kepada pelbagai natijah negatif yang mampu memporak-perandakan kehidupan. Dalam sebuah teks Buddha, Digha Nikaya, disebutkan bagaimana amalan perjudian mampu menjelmakan krisis moral yang parah termasuklah mencetuskan kebencian sesama manusia, menghancurkan harta benda dan menghakis kepercayaan masyarakat dan kerabat terhadap seseorang.

4. Hindu

Pengharaman judi turut disebut dalam teks agama Hindu yang dikaitkan dengan pelbagai krisis nilai dan pendangkalan moral seperti hancurnya nilai amanah, hilangnya perasaan kasih sayang pada masa yang sama membiak amalan penyelewengan, menggejala nilai pembaziran dan membudaya pengabaian tanggungjawab dalam masyarakat (Tirukkural, 94: 931-940).

Tuesday 13 January 2015

Malaysia Diambang Kehancuran Perpaduan


Selamat pagi semua...Hari ini hati saya tersentuh dengan isu sensitiviti agama yang kian menjadi-jadi di Malaysia...Saya ada meminta pendapat daripada beberapa rakan beragama Islam dan beberapa rakan Bukan Islam...Disini mereka memberi beberapa pendapat...Untuk saya kongsikan bersama anda semua..




Cadangan-cadangan yang dilontarkan:

-Hukuman harus lah lebih berat seperti hukuman penjara 35 tahun tanpa kebenaran mengikat jamin bagi penghina agama-agama di Malaysia..

-Perkataan Meminta maaf terbuka haruslah diharamkan kepada penghina agama-agama di Malaysia

-Tidak harus ada campur tangan politik di dalam kes hinaan agama-agama di Malaysia 

-Sekiranya ahli politik yang terlibat dalam kes penghinaan agama haruslah mengantung keahlian

-Hukuman Ikan jamin dan Jaminan wang tidak harus ada dalam kes penghinaan agama...

-Pendidikan Pengetahuan tentang agama harus diterapkan dalam pelajaran


~KAMI CINTAKAN MALAYSIA YANG BERSATU!!!JANGAN CUBA PECAHKAN~~


~~Tidak kira agama apa pun  dihina hukuman harus dijatuhkan~~


Monday 12 January 2015

Sekolah Kebangsaan VS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina


Selamat tengah hari pembaca semua..Hari ini saya tertarik dengan satu artikel dimana iaitu PELAJAR MELAYU LEBIH RAMAI BERBANDING PELAJAR CINA DI SJK CINA..Bukan kita nak wujudkan masalah perkauman tetapi terfikir kah kita mengapa kaum Melayu memilih sekolah cina sebagai tempat menuntut ilmu untuk anak mereka>>>

Dari surat khabar sinar:




http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/murid-melayu-pilih-sekolah-cina-1.350097

               ~WAHAI KPM SILA BERTINDAK SEBELUM TERLENYAP SK~~

APA KEKURANGAN SK BERBANDING SJK(C)???????

Palestine Di AFC Asian Cup 2015





Buat pertama kali negara yang baru selepas konflik memasuki Piala Asian 2015 iaitu Palastine..Tahniah Palastine...Menang itu tidak pasti tetapi Penyertaan mu pasti...











                                         ~~TAHNIAH PALESTINE~~FREEDOM~~~

Sunday 11 January 2015

Umur 20 Baru Ambil Lesen Motosikal B2#


Hari ini 12/1/2014..selamat mendaftar untuk mengambil lesen memandu..Biasalah budak sekolah sekarang ini dah ada lesen memandu..aku umur 20 baru nak amik lesen motosikal..Nak taw kenapa aku amik lesen lambat dan baru nak amik..


Kata ayah aku..kalau aku ambil lesen motosikal dengan senang wenang mengunakan duit ibu bapa akan merempit dan tidak akan hargai lesen itu..Mula-mula marah lah juga tetapi fikir-fikir betul juga kata-kata ayah aku..Dan sekarang aku menggunakan wang sendiri untuk mengambil lesen dan aku juga tahu bahawa duit susah nak cari zaman sekarang.....


~BIAR LAMBAT ASALKAN DIRESTUI IBU-BAPA~



Sah!!!MH 17 Ditembak Oleh Tentera Ukrain

Perkara ini disahkan oleh Utusan Online selepas meupdate berita tersebut ke laman sesawang mereka..



Perkara ini juga mendapat perhatian dari Puan Sharifah Sofia Syed Rasyid..



Tali  barut Amerika Dajal; uKrain...Anti Ukrain..


7 Daun Ubat di Malaysia Yang Tidak Diketahui Masyarakat

1) Daun Bangun-Bangun


Kegunaan: Direndam dengan air suam semalaman dan diminum sedikit2 untuk menghilangkan kahak.


2) Daun Tulasi A.K.a Herba Orang India 


Kegunaan : Dikisar dan ditapis sebelum diminum untuk melegakan batuk dan hilangkan rasa pedih hulu hati


3) Daun Semambu

Kegunaan: Untuk menghilangkan demam campak dan boleh juga direndam dalam air suam dan minum untuk mengelakan diri daripada penyakit kencing manis.


4)Daun Kari


Kegunaan: Dimasak bersama kari/gulai dan dimakan untuk memelihara kelancaran air kencing


5) Lobak Putih


Kegunaan: Dikisar dan diminum..Untuk membersihkan buah pinggang dan melancarkan saluran darah


6)Buah Cermai


Kegunaan: Dikisar dan diminum..Untuk mengelakan penyakit barah otak


7)Daun Murungai@Dikenali oleh org India


Kegunaan:Dimasak bersama lauk lain dan boleh juga dimasuk dalam Gulai Dhal..Untuk melancaran peredaran darah dalam badan....







Saturday 10 January 2015

MyVi Terbaru 2015 Menawan Hati kU


Produa memperkenalkan kereta model barunya iaitu PRODUA MYVI FACELIFT 2015'perghhh cantik menarik ketarik kau meme the bom...Meme terbaik la myvi terbaru ini

Cantikan??



Spesifikasinyaa



Jom Beli Produa Myvi terbaru ini...Comey...Buat hadiah kt Isteri pon boleh



JDT Pencetus Aura Bola Sepak Malaysia


Selamat Petang semua...Sejak TMJ buat transformasi terhadap pasukan bola sepaknya iaitu JDT..Menjadi ikutan pasukan bola sepak yang lain seperti Perak dan sebagainya..Disini kit lihat contohnya,...

BAS PASUKAN JDT

BAS PASUKAN KELANTAN

BAS PASUKAN KEDAH

BAS PASUKAN PENANG

BAS PASUKAN PERAK

BAS PASUKAN TERENGGANU 


~SEMOGA PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA SETANDING DENGAN KELAB-KELAB BOLA SEPAK DUNIA~~~


~~JDT PEMANGKIN AURA BOLA SEPAK MALAYSIA~



Friday 9 January 2015

New Samsung Galaxy A3 &A5















NEW SAMSUNG GALAXY A3


SPESIFIKASI: SAMSUNG GALAXY A3

SAMSUNG GALAXY A5

SPESIFIKASI SAMSUNG GALAXY A5



~~SAMSUNG MALAYSIA~~





INDONESIA VS MALAYSIA??MALAYSIA VS INDONESIA



Warga asing di Malaysia sudah amat parah..Indon,nepal,india,bangla dan awang-awang hitam di Malaysia sudah menjangka bilangan yang amat besar iaitu mengatasi bilangan bangsa Cina dan India di Malaysia..Apakah Tindakan Kerajaan????/Jenayah yang dilakukan warga asing juga amat parah seperti kes rogol dan sebagainya...Adakah kita sebagai rakyat Malaysia sudah hilang maruah???Kes terbaru 'Kerajaan Indonesia Bom kapal nelayan yang memasuki perairan Indonesia'


Perlu kah kita berdiam diri sedangkan kapal nelayan Malaysia dibomkan...Sedangkan berpuluh ribu warga asing Indonesia di Malaysia yang memasuki negara kita secara Haram..Bolehkah Kita bom mereka?????


~~~Hapuskan Warga Asing di Malaysia~~

Sebiji kapal Malaysia yang mencari rezeki dibomkan oleh Indonesia..Kenapa kita tidak boleh hapuskan Warga Indonesia yang berlunguk di Malaysia...

Kerajaan silalah bertindak...Jangan tunduk kepada Indonesia...Penghinaan kepada MALAYSIA oleh Indonesia sudah parah...

Si Indonesia pengemis buat group di Facebook...


Indonesia semakin kurang ajar.....Sila ambil tindakan untuk hapuskan Indonesia di bUMi Malaysia ini........


Tahniah Dato Zaid Hamidi yang mengambil langkah proaktif untuk menangkap sebilangan warga asing di Cameron Highland



Kami rakyat Malaysia mahukan hapuskan warga asing di bumi Malaysia...