Friday 9 January 2015

Cara Gantikan Air Radiator Yang Kotor Dengan Sendiri



    1. Periksa penutup radiator. Selepas itu, buka penutup radiator bagi mempercepatkan aliran air keluar dari bawah salur radiator.
    2. Untuk membuang air dalam radiator, buka dahulu skru aliran air. Gunakan spanar bersaiz 13 untuk melonggarkan skru tersebut. 
    3. Kemudian, buka skru menggunakan tangan. Pastikan bekas tadahan air diletakkan terlebih dahulu.
    4. Biarkan air mengalir sehingga ia kering sepenuhnya. Pembuangan air ini bertujuan untuk menggantikan air yang telah lama yang akan menyebabkan radiator berkara
    5. Selepas air dalam radiator sudah kering, buka skru radiator dengan menggunakan spanar saiz 14
    6. Longgarkan skru pada hos atas dan gos bawah pada radiator. Kemudian tanggalkan hos daripada radiator.
    7. Periksa sekeliling bahagian radiator. Pastikan tiada kerosakan atau kebocoran pada mana-mana bahagian radiator.
    8. Masukkan air paip ke dalam radiator untuk mencuci bahagian dalam radiator. Masukkan air dengan tekanan yang tinggi supaya bendasing dapat disingkirkan
    9. Setelah selesai mencuci, pasangkan semula radiator ke bahagian asal. Pasangkan juga hos yang telah dibuka tadi
    10. Masukan air bersih serta coolen dan anti-karat ke dalam radiator. Tutup bahagian atas radiator dan pastikan ia kedap.

    No comments:

    Post a Comment