Thursday 18 December 2014

Syarikat Penerbangan Anak Malaysia(USAHAWAN WANITA) Terbaru 'RAYANI AIR'

                                         RAYANI AIR MILIK ANAK MALAYSIA


Syarikat penerbangan baharu, Rayani Air Sdn. Bhd. (Rayani Air) dijangka memulakan operasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam di sini, Januari tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ravi Alagendrran berkata, pihaknya kini sudah bersedia sepenuhnya untuk memulakan operasi di lapangan terbang berkenaan dengan buat permulaan menggunakan dua pesawat jenis Fokker-ATR 72.
Menurutnya, menerusi persetujuan bersama antara Rayani Air dengan kerajaan negeri, sebanyak lima laluan turut diperkenalkan termasuklah Melaka-Pulau Pinang-Melaka, Melaka-Langkawi-Melaka, Melaka-Kota Bahru-Melaka, Melaka-Kuching-Melaka dan Melaka-Kota Kinabalu-Melaka.
“Rayani Air bakal menampilkan kelainan dari segi perkhidmatan agar tidak membebankan pengguna malah menawarkan tiket pada harga berpatutan," katanya..

1 comment: