Saturday 20 December 2014

Cara Memilih Jurusan Di Universiti



Kenali diri sendiri dahulu
Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pelajar, ini adalah perkara yang paling penting untuk difikirkan. Adakah anda benar-benar mengenali diri anda ? Perkara ini benar-benar penting bukan sahaja untuk pemilihan kursus semasa dan selepas STPM/SPM, tetapi juga untuk anda menjalani kehidupan yang banyak menduga dan penuh cabaran.

Mengenai minat dan kebolehan
Satu perkara yang tidak patut dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah mengikut trend/flow dalam pemilihan karier dan kursus. Ini kerana minat dan kebolehan anda dengan orang lain tidak sama. Setiap individual mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan karakter yang berbeza-beza.Anda mungkin mahu menyenaraikan segala karier yang bersesuaian denagn minat dan kemahiran anda. Kemudian, mendapatkan maklumat mengenai karier-karier tersebut. Dari situ, anda mungkin dapat menapis beberapa karier yang tidak sesuai dengan kemahuan dan keutamaan anda. Contohnya, anda mungkin meminati kursus perubatan, tetapi tempoh pengajiannya terlalu lama bagi anda, dan anda tidak pandai berkomunikasi dengan orang awam. Oleh itu, kursus ini mungkin tidak sesuai dengan anda.

Membuat keputusan berdasarkan tingkatan gaji di dalam karier
Sesetengah pelajar juga tidak perlu membuat pilihan kursus berdasarkan minat, dan hanya memandang kepada kemewahan daripada karier yang akan diceburi. Ini mungkin berkesan kepada mereka kerana tangga gaji yang tinggi boleh menaikkan motivasi dan semangat mereka untuk berjaya di dalam pelajaran.

Percayakan diri sendiri
Ramai pelajar tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk memajukan diri lebih jauh. Anda perlu percayakan diri anda dan kebolehan anda kerana ini adalah salah satu proses mengenali diri sendiri, dan apabila anda kenal akan diri sendiri, self-esteem anda akan meningkat secara automatik.

Berbincang dengan ibubapa dan kaunselor.
Mendapatkan pandangan ibubapa adalah langkah yang bijak, tetapi awas! Kerana sesetengah ibubapa mungkin menilai pemilihan kerjaya dan mengaitkannya dengan wang. Walaupun mereka hanya ingin membantu, sesetengah dari mereka mungkin secara tidak sedar mempengaruhi anda untuk memilih kerjaya yang memberikan wang dan prestij yang lebih kerana mereka sudah biasa mengaitkan wang dengan hidup yang gembira dan senang. Dan pilihan mereka mungkin tidak sama dengan pilihan anda.

Ambil masa untuk berfikir
Pelajar-pelajar patut mengambil masa untuk berfikir mengenai pilihan-pilihan kursus yang telah dibuat.

Mohon pendapat daripada orang-orang lebih tua
Pelajar perlu meminta pendapat orang yang lebih tua untuk mendapatkan idea yang bernas serta matang


PILIH JURUSAN BIAR KERANA MINAT..JANGAN KERANA KAWAN KERANA KAWAN BOLEH DICARI TETAPI MINAT ITU SUKAR DICARI KEMBALI

No comments:

Post a Comment