Saturday 13 December 2014

Biodata Usahawan Berjaya@ Dato Tony Fernandez

BIODATA

NAMA : Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tony Fernandes
UMUR : 47 tahun
ASAL : Kuala Lumpur, Malaysia
JAWATAN : Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah AirAsia Berhad dan Pengasas Tune Group Sdn Bhd / Pengerusi Q.P.R. Holdings Ltd
PENDIDIKAN :  Epsom College (1977-83), London School of Economics (1987)

Syarikat ini ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglomerat kerajaan Malaysia. Disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi, ia dijual kepada Tune Air yang dipengerusikan oleh Tony Fernandes dengan harga RM 1 sahaja. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep tambang murah telah membawa kepada perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. AirAsia juga berjaya merevolusikan industri penerbangan serantau.AirAsia ialah syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia.

Pada tahun 2003, AirAsia menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru sebagai hab mereka kedua kerana kedudukannya yang dekat dengan Singapura dan melancarkan penerbangan ke Thailand. Kemudiannya, Thai AirAsia ditubuhkan bagi operasi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang Bangkok, Thailand. Di Indonesia, AirAsia membeli Awair untuk sektor Indonesia, dan sekarang dikenali sebagai Indonesia AirAsia.

Pada 22 Julai 2005 AirAsia mengumumkan pakatan penajaan dengan kelab bola sepak Manchester United yang menyaksikan iklan AirAsia muncul di Stadium Old Trafford Stadium di kota Manchester yang membolehkan pendedahan jenamanya kepada berjuta-juta penonton televisyen di seluruh dunia.
Terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) yang dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 23 Mac 2006, dijadikan pusat operasi baru bagi AirAsia. AirAsia dijangka membawa 9 juta penumpang pada tahun 2006.

Pada 27 Mac 2006, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa AirAsia mengambil alih 96 laluan domestik sampingan untuk disertakan dengan 19 laluan domestik utamanya sebagai sebahagian program rasionalisasi laluan Malaysia Airlines yang menyaksikan sebahagian besar penerbangan domestiknya dialihkan kepada AirAsia sejak 1 Ogos 2006.

No comments:

Post a Comment