Friday 19 December 2014

Ku Sangka Kan Dia Orang Gila

Doom….Dammm….Tik..Dom…Bunyi sambaran petir terdengar jelas dikala ku didalam rumahku dan sedang menikmati minum petang bersama beberapa ahli keluargaku..
    Tiba-tiba telefon rumah ku berdering, ku lari untuk mendapatkannya….
Hello’siapa disana?kata ku kepada suara di telefon
Ini Pak Long katanya
Ya Pak long ada apa?pinta ku kepada pak long
Mak Long kamu masuk hospital dalam keadaan kritikal…
         Arghhhh alangkah sedihnya ku menerima berita ini.Tanpa melengahkan masa ku bersiap untuk ke Taiping Perak..Wrommm….Wroom kereta produa Myvi ku merendahi hujan lebat dan petir untuk melawat mak long yang ku amat menyanyangi..Tepat pukul 7.30 malam, ku terpaksa berhenti untuk merehat di R&R Kuala Kangsar  akibat terlalu letih memandu dalam kekaburan hujan yang berderai.Hujan masih lebat di sana tetapi ku terpaksa meneruskan perjalanan kerana takut akan lewat malam ku akan sampai di sana...
             Meter minyak menunjukan paras rendah..mahu tidak mahu terpaksa ku patah balik sejauh 5km untuk mengisi minyak..Ku mengeluarkan sehelai wang rm50.00 untuk dibayar di kaunter stesyen minyak tersebut..Pandangan ku tiba-tiba tertarik kepada seorang mak cik yang mukanya seiras pelakon Misha Omar tetapi ada sedikit perbezaan tetapi dalam hati ku berkata ‘ku pernah jumpa mak cik ini sebelum ini dan tidak mengingati tempatnya.
       Tiba-tiba lamunan ku terganggu oleh suara Perempuan pekerja stesyen minyak tersebut yang member wang baki..Setelah selesai mengambil wang tersebut , ku terus beredar dari situ dan kembali ke kereta ku.Setelah selesai mengisi minyak,ku mengambil kesempatan untuk merapati mak cik tersebut
Ku member salam’
 Assalamualaikum ku ungkapkan kepada mak cik tersebut
Namun tiada jawapan dari mak cik itu tetapi yang pasti dari air mukanya ku dapat rasakan mak cik tersebut mempunyai masalah..Ku kembali bersuara..

Nama mak cik apa?
Mak cik tersebut tiba-tiba bersuara ‘Aku lapar’..Aku lihat di tempat itu tiada tempat menjual makanan,namun nun disana ku lihat papan tanda KFC…Dalam hati ku mengucap Alhamdulilah..Tanpa melengahkan masa ku membawa makcik tersebut untuk makan di sana..Sesampai disana ku order dinner plate..
         Air mata ku berlinang berderai melihat makcik itu makan dengan sangat gelojoh..Sambil memakan tu ku menanya kepada mak cik itu..asal mana,nama apa,kenapa duduk disitu tetapi tidak langsung diendahkan oleh mak cik itu..
        Lalu ku jengok jam dinding yang tergantung di KFC itu sudah menunjuk jam 9.00 malam..Mahu tidak mahu ku terpaksa meneruskan perjalanan sekarang..selepas ku bayar duit makanan mak cik itu td…ku hantar mak cik itu dia tempat td dan aku terus memasuki kedalam perut kereta ku…

        Ku memecut laju, meter kelajuan menunjukan 180/Mh arghhh ini tidak boleh menjadi biar lambat asalkan selamat sampai..Dalam masa yang sama ku terfikir kembali tentang mak cik td tp fikiran tidak begitu kuat untuk kembalikan perjalanan masa silam dahulu.Arghhh biarkan dulu…Yang penting ku sampai cepat di Hospital Taiping untuk melihat keadaan mak long lalu memberi kata-kata semangat kepada pak long dan anak-anaknya.Daripada pemberitahuan pak long, Mak long mengalami pendarahan otak yang serius akibat 2 bulan lalu terjatuh di dalam bilik air.

 Tepat pukul 12.30 tengah malam ku sampai di muka lobby hospital Taiping yang sentiasa sibuk dengan pesakit-pesakit dan bunyi siren ambulans yang membawa pesakit ke hulu dan ke hilir.Ku kembali hubungi untuk mendapatkan pak long untuk menolong ku menunjukan bilik yang dikediami oleh mak long.Setelah 10 minit,Muka pak long yang sayu muncul di lobby.Perasaan sedih tidak dapat dibendung lagi,air mata ku berderai ke bumi melihat muka pak long yang sayu…Tidak lama kemudian pak long membawa ku ke bilik mak long..

Alangkah terkejutnyaa ku,mulut dan hidung mak long sudah dimasukan tiup kecil tetapi mak long berupaya untuk bercakap lagi biarpun tidak begitu jelas..Ku member kata-kata semangat kepadanya.Alhamdulilah,doktor memberitahu kami bahawa mak long selamat dan esok boleh keluar dari hospital untuk balik ke rumah.Ku mengembus nafas lega.

Ku membeli sedikit buah tangan untuk diberi kepada mak long dan akan diberikan esok semasa beliau keluar dari hospital Taiping…
Tidak dapat ku pulang ke ibu kota hari ini disebabkan sudah lewat malam dan jam sudah pun menunjukan 3.40 pagi.Pak Long menyuruh ku tidur dan berehat di rumahnya sampai menghulurkan kunci rumah..ku bersetuju..Setelah sampai di sana ku bersihkan diri dan menyandarkan badan ku yang teramat letih pada katil..Secara tetiba-tiba ku terfikir kembali tentang mak cik di stesyen minyak dan aku cuba mengingat semula siapa mak cik itu sebenarnya dan pernahkah ku mengenali mak cik itu…


Muka mak cik tu seperti Cikgu Hanim yang pernah mengajar ku waktu ku di bangku sekolah.Arghhh tidak mungkin itu cikgu Hanim yang pada masa itu menjadi pujaan pelajar-pelajar lelaki.Fikiran ku menjadi kosong sementara.Mungkin itu dia sebab suaranya sememangnya sama.

Kring….Kring….Kring …jam menunjukan jam 8.30 pagi.Matahari hening di luar..Selepas mandi ku kembali ke hospital untuk melihat keadaan mak long..Ku melihat mak long sudah berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri.Dalam masa yang sama ku bertanya ke Mak long tentang cikgu Hanim kerana beliau lebih mengenali Cikgu Hanim daripada ku disebabkan mereka berasal dari kampung dan sekolah yang sama dari kecil.
Mak Long memberitahu ku bahawa Cikgu Hanim menjadi orang kurang siuman selepas beliau berkhawin dengan seorang lelaki pilihan keluarganya yang seorang penagih dadah.Sambil menghirupkan air teh yang dihidangkan di cafeteria hospital tersebut,Mak Long kembali bercerita.Sebenarnya Cikgu Hanim didera dan dipukul oleh suaminya kerana beliau sering kali ingkar arahan suaminya untuk memberi wang untuk membeli dadah.Pada suatu petang,Mak Long terserempak dengan cikgu Hanim keluar dari rumah sambil menangis dengan kesan-kesan lebam di muka,Mak Long menanyakan apa yang berlaku tetapi cikgu Hanim hanya menangis tanpa membuka mulut.Mak Long membawa cikgu Hanim ke klinik untuk merawati lukanya dan menanyakan apa yang berlaku pada cikgu Hanim tetapi kali ini cikgu Hanim membuka mulut dan memberitahu segalanya apa yang berlaku ke atas dirinya..
Menurut ceritanya,cikgu Hanim didera oleh suaminya kerana tidak memberi wang kepada tidak cukup dengan itu cikgu Hanim sering dipanggil suaminya sebagai mandul di depan orang ramai kerana tidak mampu mengandungkan zuriat si penangih dadah itu.Setiap hari cikgu Hanim dipukul dan diseksa namun cikgu Hanim tidak sampai hati untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.Mak long pernah membawa cikgu Hanim ke Balai polis untuk melaporkan perkara itu kepada polis tetapi ditentang olehnya kerana masih mencintai dan masih mempunyai peluang untuk berubah kea rah yang lebih baik tetapi ramalanya telah merubahkan hidupnya.Akhirnya Mak Long mendapat tahu bahawa cikgu Hanim membunuh suaminya dan diberkas polis..
Ku terkejut dengan cerita yang diberitahu oleh mak long ku.Ku beritahu mak long bahawa ku terjumpa seorang mak cik yang ku rasakan itu adalah Cikgu Hanim.Mak long turut terkejut..Tanpa berlengah masa lagi ku dan Mak long masuk dalam perut kereta lalu memecut kea rah stesyen minyak semalam.Mujurlah kami sampai awal kerana Jabatan Kebajikan Malaysia hendak membawa mak cik itu ke hospital bahagia atas aduan orang ramai tentang melihat mak cik itu berada disitu.Selepas itu,Kami berjumpa dengan mak cik itu dan sememangnya betul ramalan ku itu memang cikgu Hanim..Air mata ku kembali jatuh membasahi bumi melihat keadaanya yang berbeza dahulu dan kini begitu juga dengan mak long dengan Cikgu Hanim masing-masing berpelukan dan menangis.

Setelah beberapa bulan Cikgu Hanim dirawat di sebuah hospital,kini beliau telah sembuh sepenuhnya.Ku mengambil keputusan untuk mengambil cikgu Hanim sebagai ibu angkat ku setelah dipersetujui Ibu dan ayah ku..Banyak pengorbanan cikgu Hanim pada ku dan tanpa beliau tidak mungkin ku berada  sekarang….

Hargai pengorbanan seorang guru…


HAKCIPTA@INSANMISTERI77

No comments:

Post a Comment