Thursday 4 December 2014

CERPEN PERTAMA: DARI SAHABAT KE MUSUH(PENULISAN BY INSAN MISTERI)

            Selamat pagi murid-murid,Hari ini kita ada pelajar baru dari Sarawak iaitu Amir.Cikgu harap pelajar-pelajar yang lain dapat menyesuaikan diri dan saling membantu Amir dalam sekolah mahupun luar sekolah.Kata Cikgu Ali kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 sekolah menenangah Seri Penanti.
       Ku lihat seorang budak lelaki yang berambut kerinting dan berkulit sawo matang memasuki kelas dengan mengalaskan beg Silverstart.Dia melabuhkan tubuhnya sebelah Wan.Tiba-tiba Cikgu Ali bersuara ‘Amir sila kenalkan diri kamu kepada rakan-rakan baru’Hello semua!! Nama saya Amir Farizal Bin Azam ,berasal dari Sarawak dan bertukar ke sekolah ini kerana mengikut ayah yang bekerja sebagai Askar dan Ibu saya bekerja sebagai Pegawai bank.Kata Amir.Ku terpegun ‘dari Sarawak??? ‘Biar betul!! Mukanya bagai orang semenanjung je.Baiklah Amir sila duduk.Yang lain sila berdiri pula untuk kenalkan diri kamu semua kepada Amir.
Saya Yusri!!
Saya Angah!!
Saya Amiraa!!
Saya Shirah!!
      Ah itu, Berambut hitam,berkulit hitam manis itu lah ku!! Sekarang kita akan mulakan pembelajaran ‘bahasa melayu’ kata cikgu Ali. Semua pelajarnya sedang mengeluarkan alat tulis dan buku.Secara tiba-tiba,Amir bersuara menyatakan dia tidak ada buku mahupun kertas.Ku simpati akan keadaanya,Ku memberi beberapa helai kertas kosong kepadanya.Dia menerima dan mengucap terima kasih.Tepat pada pukul 1.15 petang.. Bunyi deringan loceng ‘TRENG!!! TRENG!!! TRENG!!!’ menandakan waktu persekolahan tamat.Amir berjalan bersendirian.Ku menegurnya ‘Amir!!  Rumah kau dimana?.Amir bersuara kepada ku ‘Rumah ku di Taman Jana Mulia’ Terkejut besar ku kerana rumah ku di Taman Jana Mulia juga.Ku bersuara lagi “Mari lah Amir.kita pulang bersama”.Jom katanya Amir.
    Dalam perjalanan pulang,Amir cerita tentang perjalanan hidupnya semasa di Sarawak pada masa lalu dan sewaktu perpindahan ke Bandar yang aman dan harmoni ini.Menurut Amir,dia seorang pelajar yang paling bermasalah dan bersosial.Dia juga pernah kena tindakan disiplin iaitu buang sekolah.Ku terperanjat!!! Biar betul perangai bagai ‘katak bawah tempurung’Setelah berjalan selama 15 minit akhirnya sampai di rumah Amir.Yang lebih memperanjatkan ku,rumah dia berada di lorong sebelah rumahku.
   Setelah beberapa hari,ku kenal Amir.Kami menjadi sahabat karib.Kemana sahaja kami pergi mesti bersama.Dia sekolah ku dan Amir diumpamakan sebagai belangkas.Pada minggu ini,akan berlangsung sesuatu peperiksaan bagi menguji persediaan kami untuk peperiksaan hujung tahun yang akan berlangsung dalam masa terdekat.Semuanya berjalan lancar sehinggakan satu peristiwa yang tidak diingini berlaku iaitu peniruan dalam peperiksaan.Lebih mengejutkan ku iaitu Amir yang lakukan peniruan itu.
           Amir dikenakan tindakan disiplin atas tindakan tidak senonohnya.Pada seminggu lepas dari peristiwa itu,pelajar cemerlang dalam peperiksaan tersebut telah diumumkan.Nama ku juga tergolong dalam senarai pelajar cemerlang itu.Amir tidak puas hati akan keputusan itu.Sejak hari itu,berlakulah perasaan tidak puas hati Amir kepada ku,Amir juga tidak pulang bersama ku sejak hari itu.Amir kini berkawan dengan pelajar bermasalah dan dia juga terjebak dengan masalah sosial seperti dadah,merokok dan kaki judi.Perkara itu telah dapat diketahui oleh Ibu-bapanya melalui surat yang dihantar oleh Pihak pengurusan Sekolah.
       Masa terus bejalan.Benar kata orang tua-tua ‘Masa tidak menunggu kita,Kita perlu mengejar masa’.Bulan demi bulan berselisih,masa yang dinantikan oleh telah tiba iaitu peperiksaan akhir tahun,Ku menjawap soalan peperiksaan dengan tekun dan baik dan Amir tidak hadir untuk peperiksaan itu.Cikgu Ali semakin berang dengan perangai Amir yang kini amat parah.Selepas tamat peperiksaan Cikgu Ali terus ke rumah Amir,untuk mengetahui perkara yang telah berlaku secara keseluruhan.Keadaan kini kian parah Amir sudah pandai menipu dan memukul ibunya untuk mendapat wang untuk membeli dadah.
   
     Setelah sebulan berlalu,Amir menjadi buruan polis atas kesalahan pengedar dadah dan membunuh seseorang.Polis menuju ke rumah Amir untuk menahanya tetapi Amir sudah boloskan diri seawalnya.Kini ku di Tingkatan 5 di sekolah yang sama,amat terkilan apabila kawan baik menjadi sebegini,ku juga mahu dia berubah menjadi seperti biasa.Cikgu Ali dengan kerjasama kedua ibu-bapa Amir telah berusaha untuk menahan Amir lalu menempatkanya ke Pusat Pemulihan.Amir berjaya ditahan oleh pihak polis di sebuah ladang kelapa sawit,ketika itu Amir leka berjudi dengan kawan-kawan perjudianya.Pihak polis berjanji kepada ibu-bapa untuk mengurangkan hukumanya sekiranya Amir mengaku kesalahanya.
   Sudah sampai masa untuk Mahkamah membicarakan kes Amir.Hakim mahkamah tersebut membaca skripnya:

“Adalah kamu Amir Farizal bin Azam,pada 18 januari 2014
Telah membunuh teman wanita kamu pada pukul 12.00 malam
Kerana ingkar memberi wang kepada kamu dan kamu juga bersalah
Tuduhan  mengedar dadah,menjudi dan mengisap dadah”




Amir menjawap skrip tuan hakim :
“Ya!! Saya mengaku bersalah.
Dan saya juga mengaku semua kesalahan
Yang dilakukan oleh saya.Saya harap pihak mahkamah
Mengurangkan hukuman terhadap saya’

            Nasib Amir sudah menjadi ‘bagai bubur menjadi nasi’apabila mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dan rm50 000.00.Amir menangis teresak-esak terkenang akan nasib dan masa depanya.Ibunya pengsan terus apabila terdegar hukuman itu tetapi dalam hati ibunya terungkil kegembiraan apabila melihat Amir sudah insaf dan kembali ke jalan yang benar.Tepat pukul 12.00 tengah hari,5/9/2014 Amir dibawa oleh pihak polis ke Penjara Taiping sebelum itu dia dibenarkan berjumpa dengan keluarganya.Ibunya memberi kata-kata semangat kepada Amir sebelum Amir melangkau kaki ke dalam pintu besi penjara.Kelihatan Amir mengalirkan air mutiaranya yang membasahi muka bumi ini.

            Tutup!Buka!tutup!buka!! Hari ini Amir akan dibebaskan dari penjara.Ku bersama keluarga Amir menunggu di pintu keluar penjara dengan penuh harapan.Dari jauh anak mata ku lihat Amir sedang menuju ke sini dengan iringan pihak berkuasa lalu ku memberitahu keluarganya.Di wajah mereka terukir senyuman yang mengoda dengan beribu harapan dan kegembiraan.
Mak!!!!Jerit Amir lalu memeluk Maknya
Ibu dan anak masing-masing mengesat air mutiara
Dari mata.

  Amir!!!ku menepuk bahunya.Amir terkejut ku disana.Amir menunduk muka ke bumi kerana malu melihat ku dan terkenang peristiwa yang berlaku yang memalukanya.Amir terus memeluk ku dengan linangan air mutiara lalu dia bersuara:
Maafkan aku!!!
Aku menyesal tak dengar kata kau
Aku dah Insaf
Terima lah aku sebagai kawan kau kembali!!!

Ku bersuara kembali
 ‘Kita tetap kawan walaupun benang perpisahan melanda persahabatan kita’

Kemudianya.Kami bersama-sama kembali ke sekolah.Cikgu Ali dengan penuh kegembiraan menyambut kami di pintu pagar sekolah.Kini ku dan Amir kembali menjadi rakan baik dan tidak lagi perasaan iri hati antara kami..Amir juga sekarang sudah berjaya mendapat anugerah pelajar cemerlang..

Tamat….

Hasil Nukilan

Shan@77

No comments:

Post a Comment