Thursday 20 August 2015

TIPS PENGURUSAN KEWANGAN DI IPTA@IPTS

Kajian menunjukkan bahawa 98% pelajar kolej dan universiti di Malaysia gagal merancang kewangan dengan baik dan gagal menguruskan duit pinjaman PTPTN secara berhemah. Bila dapat duit PTPTN, seolah-olah menjadi jutawan dan belanja tak ingat dunia; dan bila time tak ada duit, maggi dan biskut kering menjadi teman sejati.
Sumber kewangan pelajar biasanya datang dari:
A. FAMA (father and mother)
B. Pinjaman PTPTN
C. Biasiswa JPA/MARA dan badan-badan lain
Berikut ingin saya kongsi sedikit tips pengurusan kewangan pelajar. Semoga bermanfaat.
1. Membuat perancangan kewangan sebulan, sesemester dan setahun (katakan meminjam dengan PTPTN)
- Pinjaman untuk Ijazah Sarjana Muda: RM6180 setahun
- Yuran Pengajian: lebih kurang RM1800 setahun (2 semester)
- Yuran Penginapan: lebih kurang RM1200 setahun (2 semester)
- Yuran Tidak Berulang: lebih kurang RM580 (semasa pendaftaran)
- Baki ditangan: RM6180 – RM1800 – RM1200 – RM580 = RM2600
- Maka RM2600 inilah yang akan digunakan selama 2 semester (sekitar 8 bulan). Cuba letak ke tepi RM300 (jangan kacau) dan gunakan RM2300 untuk 8 semester ini iaitu sekitar RM290 sebulan.
2. Duit pinjaman hanya untuk tujuan belajar dan bukan untuk membeli handphone, bukan untuk tengok wayang, bukan untuk karaoke, bukan untuk beli tudung Fareeda, bukan untuk beli Levi’s 501 etc. Tapi tak salah sedikit wang PTPTN digunakan untuk membeli barangan peribadi (sedikit sahaja)
3. Beli buku daripada senior instead of beli buku baru. Sesetengah senior hanya tawarkan harga kurang dari 50%. Jangan buang duit membeli buku baru sebab membazir sahaja.
4. Elakkan bercouple sebab inilah punca utama wang PTPTN setahun habis dalam masa 2 bulan. Bila ada makwe/pakwe, sure nak makan kat Kenny Rogers, sure gatal nak tengok wayang, sure si makwe gelenya suruh beli hadiah dan teddy bear, sure kena spend duit naik taxi ke shopping mall etc. Tapi kalau bercouple yang baik tanpa memberi impak kepada kewangan its ok (contohnya dating kat cafe, kat padang universiti etc)
5. Jika perlukan buku rujukan, sila photostap. Katakan nak beli yang baru RM120, tapi kalau photostap hanta RM20 sahaja. Isinya sama
6. Gunakan transport yang disediakan oleh pihak universiti (bus etc). Elakkan gunakan motorsikal dan kereta. Tapi jika ditakdirkan perlu stay luar, memadai menggunakan motorsikal
7. Hadkan belanja untuk makan dan minum sehari tidak lebih RM8 (maximum RM10). Elak makan diluar seperti KFC, Mc Donald etc. Tapi sekali sekala teringin tu tak ada masalah, boleh saja.
8. Bila nak beli sesuatu barang, tolong bandingkan harga terlebih dahulu. Jangan main beli je. Kadang-kadang harga jauh berbeza dari satu kedai ke kedai yang lain.
9. Elakkan menggunakan kad kredit sama sekali. Time belajar jangan gatal nak sibuk ada kad kredit. Ia akan menjerut anda kepada masalah besar
10. Jangan sibuk nak join MLM etc. Ramai pelajar mudah tertipu bila nampak orang pegang cek ribu-ribu dan cepat je mereka nak join perniagaan MLM. Masa belajar, tolong belajar.
11. Bila ada apa-apa event di peringkat universiti, boleh JV dengan kawan untuk berniaga. Contoh meniaga air, burger, murtabak maggi etc. Hasil keuntungan boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran
12. Bila kawan minta pinjam, tak salah meminjam sedikit. Tapi jangan melebih-lebih. Setakat RM20 ke RM50 tu masih ok. Dan pastikan kawan bayar balik secepat mungkin

No comments:

Post a Comment