Thursday 20 August 2015

TIDAK MENDAPAT TEMPAT DI UPU???

Biar saya mulakan dengan "sometimes what you want isn't always what you get, but in the end what you get is so much better than what you wanted". Jadi jangan putus asa. Berikut adalah beberapa langkah yang saudara saudari boleh ambil jika tidak mendapat tawaran UPU.
1. Membuat rayuan melalui pautan: http://upu.mohe.gov.my/
Rayuan hanya akan diterima jika ada kekosongan dan jika anda layak mengisi kekosongan tersebut. Dan berikut saya kongsi tips untuk membuat rayuan:
i. Saudara/saudari harus mengelak daripada terus memohon bidang yang sama dengan yang dahulu. Jangan terus mengambil risiko. Adalah lebih baik pilih bidang lain yang anda minat.
ii. Rujuk semula keputusan peperiksaan Matrikulasi/STPM saudara/saudari. Tengok subjek manakah yang kalian score dengan CGPA tertinggi? Kalian harus memilih bidang yang mempunyai major subjek tersebut. Sebagai contoh, jika semasa di matrik kalian ambil bidang sains hayat dan keputusan subjek Kimia anda lebih baik dari Biologi, adalah lebih baik kalian memilih bidang Kimia.
iii. Cuba elakkan pilih universiti yang sama seperti yang asal dulu. Jika nak pilih universiti yang sama pun, pilihlah bidang yang berlainan daripada yang kalian mohon sebelumnya
iv. Ukur baju di badan sendiri dan pilih kursus yang bersesuaian dengan CGPA kalian.
v. Elakkan pilih kursus Medical, Architecture, Farmasi, ke semua kursus Engineering, Law, Pergigian dan beberapa bidang lain yang memang mendapat permintaan tinggi.
vi. Jika anda mendapati, bidang-bidang lain yang ada anda memang tak minta, jangan paksa diri memohon sebab you gonna waste your time.
Jika rayuan pun saudara/saudari tak dapat, jangan risau, masih ada option lain seperti berikut:
1. Memohon ke IPTS yang baik dan ada ranking (semak dengan MQA kursus-kursus yang mendapat pengiktirafan JPA)
2. Mohon masuk ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM ) jika berminat nak jadi guru
3. Memohon mengambil kursus-kursus diploma / kursus pensijilan
4. Memohon kerja bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau ambil pengalaman kerja dulu dengan mana-mana syarikat swasta dsb.

No comments:

Post a Comment