Doom….Dammm….Tik..Dom…Bunyi
sambaran petir terdengar jelas dikala ku didalam rumahku dan sedang menikmati
minum petang bersama beberapa ahli keluargaku..
Tiba-tiba telefon rumah ku berdering, ku
lari untuk mendapatkannya….
Hello’siapa
disana?kata ku kepada suara di telefon
Ini Pak
Long katanya
Ya Pak
long ada apa?pinta ku kepada pak long
Mak Long
kamu masuk hospital dalam keadaan kritikal…
Arghhhh alangkah sedihnya ku menerima
berita ini.Tanpa melengahkan masa ku bersiap untuk ke Taiping
Perak..Wrommm….Wroom kereta produa Myvi ku merendahi hujan lebat dan petir
untuk melawat mak long yang ku amat menyanyangi..Tepat pukul 7.30 malam, ku
terpaksa berhenti untuk merehat di R&R Kuala Kangsar akibat terlalu letih memandu dalam kekaburan
hujan yang berderai.Hujan masih lebat di sana tetapi ku terpaksa meneruskan
perjalanan kerana takut akan lewat malam ku akan sampai di sana...
Meter minyak menunjukan paras
rendah..mahu tidak mahu terpaksa ku patah balik sejauh 5km untuk mengisi
minyak..Ku mengeluarkan sehelai wang rm50.00 untuk dibayar di kaunter stesyen
minyak tersebut..Pandangan ku tiba-tiba tertarik kepada seorang mak cik yang
mukanya seiras pelakon Misha Omar tetapi ada sedikit perbezaan tetapi dalam hati
ku berkata ‘ku pernah jumpa mak cik ini sebelum ini dan tidak mengingati
tempatnya.
Tiba-tiba lamunan ku terganggu oleh
suara Perempuan pekerja stesyen minyak tersebut yang member wang baki..Setelah
selesai mengambil wang tersebut , ku terus beredar dari situ dan kembali ke
kereta ku.Setelah selesai mengisi minyak,ku mengambil kesempatan untuk merapati
mak cik tersebut
Ku
member salam’
Assalamualaikum ku ungkapkan kepada mak cik
tersebut
Namun
tiada jawapan dari mak cik itu tetapi yang pasti dari air mukanya ku dapat
rasakan mak cik tersebut mempunyai masalah..Ku kembali bersuara..
Nama mak
cik apa?
Mak cik
tersebut tiba-tiba bersuara ‘Aku lapar’..Aku lihat di tempat itu tiada tempat
menjual makanan,namun nun disana ku lihat papan tanda KFC…Dalam hati ku
mengucap Alhamdulilah..Tanpa melengahkan masa ku membawa makcik tersebut untuk
makan di sana..Sesampai disana ku order dinner plate..
Air mata ku berlinang berderai melihat
makcik itu makan dengan sangat gelojoh..Sambil memakan tu ku menanya kepada mak
cik itu..asal mana,nama apa,kenapa duduk disitu tetapi tidak langsung
diendahkan oleh mak cik itu..
Lalu ku jengok jam dinding yang
tergantung di KFC itu sudah menunjuk jam 9.00 malam..Mahu tidak mahu ku
terpaksa meneruskan perjalanan sekarang..selepas ku bayar duit makanan mak cik
itu td…ku hantar mak cik itu dia tempat td dan aku terus memasuki kedalam perut
kereta ku…
Ku memecut laju, meter kelajuan
menunjukan 180/Mh arghhh ini tidak boleh menjadi biar lambat asalkan selamat
sampai..Dalam masa yang sama ku terfikir kembali tentang mak cik td tp fikiran
tidak begitu kuat untuk kembalikan perjalanan masa silam dahulu.Arghhh biarkan
dulu…Yang penting ku sampai cepat di Hospital Taiping untuk melihat keadaan mak
long lalu memberi kata-kata semangat kepada pak long dan anak-anaknya.Daripada
pemberitahuan pak long, Mak long mengalami pendarahan otak yang serius akibat 2
bulan lalu terjatuh di dalam bilik air.
Tepat pukul 12.30 tengah malam ku sampai di
muka lobby hospital Taiping yang sentiasa sibuk dengan pesakit-pesakit dan
bunyi siren ambulans yang membawa pesakit ke hulu dan ke hilir.Ku kembali
hubungi untuk mendapatkan pak long untuk menolong ku menunjukan bilik yang
dikediami oleh mak long.Setelah 10 minit,Muka pak long yang sayu muncul di
lobby.Perasaan sedih tidak dapat dibendung lagi,air mata ku berderai ke bumi
melihat muka pak long yang sayu…Tidak lama kemudian pak long membawa ku ke
bilik mak long..
Alangkah
terkejutnyaa ku,mulut dan hidung mak long sudah dimasukan tiup kecil tetapi mak
long berupaya untuk bercakap lagi biarpun tidak begitu jelas..Ku member
kata-kata semangat kepadanya.Alhamdulilah,doktor memberitahu kami bahawa mak
long selamat dan esok boleh keluar dari hospital untuk balik ke rumah.Ku
mengembus nafas lega.
Ku
membeli sedikit buah tangan untuk diberi kepada mak long dan akan diberikan
esok semasa beliau keluar dari hospital Taiping…
Tidak
dapat ku pulang ke ibu kota hari ini disebabkan sudah lewat malam dan jam sudah
pun menunjukan 3.40 pagi.Pak Long menyuruh ku tidur dan berehat di rumahnya
sampai menghulurkan kunci rumah..ku bersetuju..Setelah sampai di sana ku
bersihkan diri dan menyandarkan badan ku yang teramat letih pada katil..Secara
tetiba-tiba ku terfikir kembali tentang mak cik di stesyen minyak dan aku cuba
mengingat semula siapa mak cik itu sebenarnya dan pernahkah ku mengenali mak
cik itu…
Muka mak
cik tu seperti Cikgu Hanim yang pernah mengajar ku waktu ku di bangku
sekolah.Arghhh tidak mungkin itu cikgu Hanim yang pada masa itu menjadi pujaan
pelajar-pelajar lelaki.Fikiran ku menjadi kosong sementara.Mungkin itu dia
sebab suaranya sememangnya sama.
Kring….Kring….Kring
…jam menunjukan jam 8.30 pagi.Matahari hening di luar..Selepas mandi ku kembali
ke hospital untuk melihat keadaan mak long..Ku melihat mak long sudah berupaya
untuk menguruskan dirinya sendiri.Dalam masa yang sama ku bertanya ke Mak long
tentang cikgu Hanim kerana beliau lebih mengenali Cikgu Hanim daripada ku
disebabkan mereka berasal dari kampung dan sekolah yang sama dari kecil.
Mak Long
memberitahu ku bahawa Cikgu Hanim menjadi orang kurang siuman selepas beliau
berkhawin dengan seorang lelaki pilihan keluarganya yang seorang penagih
dadah.Sambil menghirupkan air teh yang dihidangkan di cafeteria hospital
tersebut,Mak Long kembali bercerita.Sebenarnya Cikgu Hanim didera dan dipukul
oleh suaminya kerana beliau sering kali ingkar arahan suaminya untuk memberi wang
untuk membeli dadah.Pada suatu petang,Mak Long terserempak dengan cikgu Hanim
keluar dari rumah sambil menangis dengan kesan-kesan lebam di muka,Mak Long
menanyakan apa yang berlaku tetapi cikgu Hanim hanya menangis tanpa membuka
mulut.Mak Long membawa cikgu Hanim ke klinik untuk merawati lukanya dan
menanyakan apa yang berlaku pada cikgu Hanim tetapi kali ini cikgu Hanim
membuka mulut dan memberitahu segalanya apa yang berlaku ke atas dirinya..
Menurut
ceritanya,cikgu Hanim didera oleh suaminya kerana tidak memberi wang kepada
tidak cukup dengan itu cikgu Hanim sering dipanggil suaminya sebagai mandul di
depan orang ramai kerana tidak mampu mengandungkan zuriat si penangih dadah
itu.Setiap hari cikgu Hanim dipukul dan diseksa namun cikgu Hanim tidak sampai
hati untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.Mak long pernah membawa
cikgu Hanim ke Balai polis untuk melaporkan perkara itu kepada polis tetapi
ditentang olehnya kerana masih mencintai dan masih mempunyai peluang untuk
berubah kea rah yang lebih baik tetapi ramalanya telah merubahkan
hidupnya.Akhirnya Mak Long mendapat tahu bahawa cikgu Hanim membunuh suaminya
dan diberkas polis..
Ku
terkejut dengan cerita yang diberitahu oleh mak long ku.Ku beritahu mak long
bahawa ku terjumpa seorang mak cik yang ku rasakan itu adalah Cikgu Hanim.Mak
long turut terkejut..Tanpa berlengah masa lagi ku dan Mak long masuk dalam
perut kereta lalu memecut kea rah stesyen minyak semalam.Mujurlah kami sampai
awal kerana Jabatan Kebajikan Malaysia hendak membawa mak cik itu ke hospital
bahagia atas aduan orang ramai tentang melihat mak cik itu berada
disitu.Selepas itu,Kami berjumpa dengan mak cik itu dan sememangnya betul
ramalan ku itu memang cikgu Hanim..Air mata ku kembali jatuh membasahi bumi
melihat keadaanya yang berbeza dahulu dan kini begitu juga dengan mak long
dengan Cikgu Hanim masing-masing berpelukan dan menangis.
Setelah
beberapa bulan Cikgu Hanim dirawat di sebuah hospital,kini beliau telah sembuh
sepenuhnya.Ku mengambil keputusan untuk mengambil cikgu Hanim sebagai ibu
angkat ku setelah dipersetujui Ibu dan ayah ku..Banyak pengorbanan cikgu Hanim
pada ku dan tanpa beliau tidak mungkin ku berada sekarang….
Hargai
pengorbanan seorang guru…
HAKCIPTA@INSANMISTERI77
No comments:
Post a Comment