BAHASA MALAYSIA OR
BAHASA INGGERIS
Bahasa Malaysia hanya
dalam perlembagaan Negara sebagai bahasa rasmi????
Jom saya terangkan apa itu Bahasa Malaysia@melayu...
Bahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada
beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di
Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor
sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman.Bahasa
Melayu Juga menjadi bahasa rasmi di beberapa Negara seperti INDONESIA,
&BRUNEI.
Perkembangan Bahasa
Melayu
Ahli bahasa membahagikan
perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
1.
Bahasa Melayu Kuno
2.
Bahasa Melayu Klasik
3.
Bahasa Melayu Moden.
Bahasa Melayu Kuno
Merupakan keluarga bahasa
Nusantara. Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman
kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa
pentadbiran. Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan
Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran
kerana:
§ Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar
§ Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
§ Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa
Jawa.
§ Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa
Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan
ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi
Sanskrit kerana:
§ Pengaruh agama Hindu
§ Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan
dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
§ Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan
keperluan.
§ Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang
ditulis dengan huruf Pallawa:
Batu bersurat di Kedukan Bukit,
Palembang (683 M)
Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat
Palembang (684 M)
Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau
Bangka (686 M)
Batu bersurat di Karang Brahi,
Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
Bahasa Melayu kuno pada batu
bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
Ciri-ciri bahasa Melayu
kuno:
§ Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
§ Susunan ayat bersifat Melayu
§ Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
§ Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau
dangan)
§ Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh:
berlepas-marlapas)
§ Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh:
diperbuat - niparwuat)
§ Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph,
dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
§ Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha,
saya: sahaya)
Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke
Bahasa Melayu Klasik
Peralihan ini dikaitkan dengan
pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad
ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi
kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Terdapat tiga batu bersurat yang
penting:
1.
Batu bersurat di Pagar Ruyung,
Minangkabau (1356). Ditulis dalam huruf India. Mengandungi prosa melayu kuno
dan beberapa baris sajakm Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada
bahasa batu bersurat abad ke-7.
2.
Batu bersurat di Minye Tujuh,
Acheh (1380). Masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat
penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
3.
Batu bersurat di Kuala Berang,
Terengganu (1303-1387). Diitulis dalam tulisan Jawi membuktikan tulisan
Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
Ketiga-tiga batu bersurat ini
merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad
ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
Bahasa Melayu Klasik
Kegemilangannya boleh dibahagikan
kepada tiga zaman penting:
1.
Zaman kerajaan Melaka
2.
Zaman kerajaab Acheh
3.
Zaman kerajaan Johor-Riau
Antara tokoh-tokoh penulis yang
penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin
al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
Ciri-ciri bahasa klasik:
§ Ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
§ Banyak ayat pasif.
§ Menggunakan bahasa istana
§ Kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk
asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
§ Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat):
sebermula, alkisah, hatta, adapun.
§ Ayat songsang
§ Banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''
Bahasa Melayu Moden
Bermula pada abad ke-19. Hasil
karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu
moden. Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang
tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan
bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua,
British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem
pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan
Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956
mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.
Sekarang kita faham asal usul bahasa melayu..tetapi
adakah rakyat Malaysia mengunakan bahasa melayu dengan sepenuhnya…Kenapa???
Tidak mengunakanya…Ambil sahaja Negara Jepun…Gunakan bahasa jepun sepenuhnya
seperti dari perbualan hingga la bahasa penghantaran..Di Malaysia hanya suara
ria-ria ‘MARTABATKAN BAHASA MELAYU’ hakikatnya tidak!!!!! Asyik2 Bahasa
Inggeris/…..
Perlukah Kita angkat bahasa selain Bahasa Melayu???
Ayuh fikirkan sebelum BAHASA MELAYU LENYAP DI MALAYSIA….
No comments:
Post a Comment