JOM BUAT KUIH BAKUL A.K.A KUIH TRADISIONAL RAYA CINA...KALAU CINA PANDAI BUAT KUIH TALAM KENAPA MELAYU TIDAK BOLEH BUAT KUIH BAKUL...FAIR...SUPPORT MAKANAN MELAYU
Bahan-Bahan
- 250 gm tepung pulut, diayak
- 250 ml air
- 280 gm gula pasir
- Daun pisang, dilayur
- 4-5 tin/loyang berukuran 10 cm
- Tali rafia/hem untuk mengikat
Cara Penyediaan
- Gaulkan tepung pulut dengan air hingga sebati. Masukkan gula dan kacau rata hingga gula larut. Biarkan selama 15 minit.
- Alas tin dengan daun pisang, pastikan ia melebihi bahagian atas tin agar mudah mengikatnya di sekeliling (daun pisang dikelepetkan ke bawah).
- Didihkan air dan kemudian kecilkan api.
- Tuangkan separuh adunan ke dalam tin. Kukus selama 7-8 jam. Pastikan air yg ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih. Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin / kain kasa agar wap air tidak menitik ke atas kuih.
- Bila kuih masak, ia akan berwarna kecoklatan. Biar semalaman sebelum mengeluarkan ia dari tin.
SUPPORT PRODUK MELAYU
No comments:
Post a Comment